Mahir Jahit Intake 4 Modul 5 Sesi 2 - Pola Kurung Pesak Gantung
13 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniKursus MAHIR JAHIT Intake 4 Modul 5 Sesi 2 – Pola Kurung Pesak Gantung memberikan peserta pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan pola pakaian Kurung Pesak Gantung. Peserta didedahkan kepada kaedah menyediakan pola berdasarkan ukuran badan yang telah diambil serta memahami bahagian-bahagian penting dalam pembentukan pola.
Sepanjang sesi pembelajaran, peserta mempelajari cara membuat ukuran dan tanda pada pola, menentukan bentuk serta kedudukan pesak gantung, dan memastikan setiap bahagian pola disediakan dengan tepat. Ketelitian dalam menghasilkan pola amat penting bagi memastikan pakaian yang dihasilkan mempunyai potongan yang kemas, selesa dan sesuai dengan ukuran pemakai.
Secara keseluruhannya, sesi ini membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam penyediaan pola pakaian tradisional, khususnya Kurung Pesak Gantung. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat menjadi asas kepada peserta untuk menghasilkan pakaian sendiri serta mengembangkan kemahiran jahitan sebagai peluang menjana pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: